Jumaat, 31 Mei 2013

Lagi lama atas katil lagi bagus

Pengeluar produk kuat pasti akan ambil statitstik yang dijalankan oleh satu badan Kaji Selidik Tingkah Laku Seksual  Dan Kepuasan Asia Pasifik ini sebagai 'highlight' mereka bagi melariskan jualan ubat mereka.....


dari, sudut, pandang, seks, atas, katilKajian keatas 77 peratus pasangan di Asia dan Australia mahukan masa yang lebih lama di atas katil dengan lelaki memiliki keinginan lebih kuat dengan 84 peratus berbanding wanita 69 peratus.

Keputusan juga menunjukkan lelaki juga melakukan hubungan seks pada kekerapan 8 kali sebulan berbanding purata 7.4 kali untuk wanita.

Kajian sama mendapati tingkah laku bersahaja bukan sesuatu yang lazim ketika mana-mana pasangan berada di atas ranjang.

Penyelidik berkata, pasangan biasanya tahu 2 atau 3 jam lebih awal jika mereka akan mengadakan hubungan seks dan keinginan tersebut terdorong kerana kepuasan pasangan dalam bilik tidur ingin melakukan sesuatu yang lebih.

Hanya kira-kira 50 peratus responden mengaku benar-benar atau sangat puas dengan kehidupan seksual masing-masing.

Bagi lelaki yang mengalami masalah ejakulasi awak, kepuasan seksual merundum kepada 39 peratus untuk lelaki dan wanita.

Kaji selidik itu dijalankanpada 18 Mac sehingga 2 April lalu dengan responden berusia antara 18 hingga 45 tahun.

Lebih 6,000 responden dari lima bandar raya utama Australia, selain 8 negara di Asia termasuk Singapura terbabit dalam kajian tersebut.

Darisudutpandang:
fikir-fikirkan lah......

Jelajah pra musim Chelsea

kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea FC akan berkunjung ke Malaysia bagi perlawanan pra musim menentang pasukan Pilihan Malaysia XI pada 21 Julai 2013.



Tiket-tiket yang berharga pada RM58, RM88, RM108, RM308 manakala VIP RM408 telah mula dijual di semua kedai-kedai Adidas sehingga hari Ahad ini (2 Jun 2013)

Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada jam 9:45 malam.

Pasukan Chelsea telah pun melantik bekas pengurus Real Madrid iaitu Jose Mourinho sebagai pengurusnya yang baru mengantikan Rafael Benitez yang kini menjadi pengurus baru Napoli.

Remaja diperkosa 5 lelaki

Sebenarnya sudah banyak kes yang berlaku seperti ini dan dah banyak peringatan yang diberikan kepada remaja-remaja perempuan tentang kawan di laman sosial ini, tetapi yang menyedihkan ianya tidak pernah dijadikan iktibar.

dari, sudut, pandang, rogol, diperkosa, remaja, dating, lelaki, sunyiAku nak ceritakan tentang seorang remaja perempuan yang menerima nasib yang amat malang apabila dia diperkosa oleh bukan 1 tapi 5 lelaki secara bergilir-gilir apabila dia keluar bertemu dengan kawan lelakinya.

Nampak senang sangat nak rogol perempuan ni. Bawa aje ke rumah terus dapat rogol. Apa yang aku hairan tu nak pulak perempuan ni ikut lelaki ni balik ke rumah. Murah betul perempuan sekarang ni. Dah kenal lelaki boleh aje dibawa balik kerumah. Sebab itulah dalam islam telah digariskan adab-adab pergaulan lelaki dan perempuan.

Okeylah korang bacalah petikan ini:

Seorang pelajar perempuan yang berusia 13 tahun telah dibawa oleh kawan lelakinya berjalan-jalan di sebuah pasar raya di Pandamaran jam 1:30 petang, sebelum bertemu dengan dua remaja lelaki lain yang dipercayai rakannya lalu membawa mangsa ke rumah seorang daripada mereka di kawasan berhampiran.

Sebaik tiba dirumah tersebut, mangsa diminta berehat dalam bilik selain diarahkan agar tidak membuat bising manakala semua remaja itu meninggalkan mangsa kononnya untuk melepak diluar.

Bagaimanapun, kira-kira jam 3:30 petang, ketiga-tiga remaja berkenaan pulang semula ke rumah sebelum masuk ke bilik mangsa yang ketika itu dikatakan sedang tidur.

Remaja itu kemudiannya mengetuk pintu bilik mangsa yang terjaga sebelum diminta melayan nafsu ketiga-tiga remaja berkenaan secara bergilir-gilir.

Selepas itu, datang lagi 2 orang remaja lelaki yang dikatakan adalah adik-beradik yang juga merogol pelajar perempuan tersebut.- Metro

Darisudutpandang:
Mengikut kajian yang dilakukan dan diceritakan oleh Datuk Fadzillah Kamsah: Umur perempuan yang paling miang dan gatal adalah pada peringkat umur 13 hingga 14 tahun. Jika pada peringkat umur ini, perempuan tersebut telah melakukan seks, mengikut kajian ianya akan mempengaruhi kehidupan perempuan tersebut sehingga dewasa. Dengan kata lain perempuan tersebut akan hidup 'berdambakan' seks.

Oleh disebabkan itu, sebagai ibubapa kita perlu memantau setiap pergaulan anak-anak kita tidak kiralah anak kita itu lelaki atau perempuan.

Isnin, 20 Mei 2013

Artis wanita korea yang paling cantik

Wajah bangsa Korea sama dengan bangsa Cina dan juga bangsa Jepun. Rata-ratanya bermata sepet, tapi itu dulu. Sekarang kebanyakan gadis-gadis Korea, Cina dan Jepun bukan lagi bermata seperti itu. Ada yang bermata bulat dan cantik. Aku tak tahu perubahan itu disebabkan oleh gen kacukan yang dibawa ataupun mereka membuat pembedahan plastik.

Kalau kita lihat sekarang ini, fenomena muzik Korea atau dikenali Kpop melanda seluruh dunia, contoh terkini ialah muzik yang dibawa oleh Psy yang menjadi kegilaan seluruh begitu juga dengan artis-artis wanitanya. Ada banyak group wanita yang kebanyakannya dianggotai oleh gadis-gadis yang cantik begitu juga dengan artis solo perempuan. 

Disebabkan itu satu panel telah ditubuhkan untuk mencari siapakah antara kumpulan Kpop yang paling cantik. Kajian tersebut dilakukan ke atas 22,104 individu. Daripada kajian tersebut didapati yang paling cantik ialah:

1. Suzy ( Miss A) dengan 29 peratus

  


2. YoonA (SNSD) dengan 25 peratus



3. Krystal dengan 9 peratus



4. Dara dengan 7 peratus



5. Hyuna dan Hara dengan 6 peratus





6. Sunhwa dengan 4 peratus



7. Jiyeon dan Dasom dengan 2 peratus






Sabtu, 18 Mei 2013

Rumah diceroboh sebelum diliwat

Pada kebiasaannya, apabila seseorang itu menceroboh sesebuah rumah adalah untuk merompak tetapi berbeza dengan kejadian yang berlaku di Setapak, apabila seorang lelaki yang menceroboh hanya untuk meliwat mangsa. Macam-macam yang berlaku sekarang ni, kalau tak dibunuh, akan dirogol, yang ni diliwat pulak!!

Tragedi hitam ini berlaku keatas seorang pelajar lelaki disebuah kolej swasta apabila kondominium yang disewanya seramai 9 orang telah dicerobohi oleh seorang lelaki. Sila baca lanjut untuk mengetahui kisahnya:

dari, sudut, pandang, diliwat, ceroboh, rumahDalam kejadian yang berlaku dalam pukul 3 pagi, mangsa yang berusia 24 tahun yang sedang tidur bersendirian dalam biliknya terjaga selepas merasakan seseorang menekan tubuhnya, sebelum terkejut melihat seorang lelaki secara tiba-tiba menutup mulutnya serta mengacu pisau dan mengarahkan mangsa tidak membuat bising.

Mangsa kemudian diarahkan meniarap atas katil sebelum tangannya diikat manakala matanya ditutup dengan tuala sebelum diliwat.

Selepas diliwat suspek kemudian melakukan seks oral terhadap mangsa dan turut memaksa mangsa melakukan perkara sama dan kejadian tersebut mengambil masa sehingga 1 jam. Lelaki itu turut mengugut akan membunuh mangsa dan seluruh keluarganya jika membuat laporan polis.

Lelaki terbabit turut mengambil gambar kad pengenalan mangsa serta membacakan alamat mangsa sebagai ugutan dan kemudian mengambil kunci rumah mangsa untuk membuka pintu utama sebelum menghilangkan diri dan meninggalkan kunci di pintu rumah.

Mangsa yang berjaya meloloskan diri dari ikatan kemudiannya membuat laporan polis sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.

Mangsa yang mengalami masalah rabun dan keadaan bilik yang gelap dengan lampu ditutup tidak dapat mengecam lelaki yang melakukannya. Namun mangsa dapat menganggarkan lelaki tersebut berusia lewat 20-an dan menggunakan kondom ketika melakukan seks luar tabii terhadap mangsa.

Darisudutpandang: Nampaknya lelaki pun tidak selamat juga. Sekarang ni tak kira lelaki, perempuan  juga kanak-kanak perlu sentiasa berhati-hati, agar orang yang berniat jahat susah untuk melaksanakan niatnya.




Setan punya jiran

Junjungan kita Rasulullah s.a.w melalui hadisnya banyak menyuruh umatnya untuk menghormati jiran tetangga. Antara hadisnya ialah:

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

لَيْسَ المُؤْمِنُ الَّذِيْ يَشْبَعُ وَ جَارُهُ جَائِعٌ إلى جَنْبِهِ

Bukanlah seorang mukmin, orang yang kenyang sementara tetangganya kelaparan di sampingnya. (HR Bukhari dalam Al Adab Al Mufrad no: 112)

Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِالله وَ اليَوْمِ الآخِر فَلاَ يُؤْذِيْ جَارَهٌ

Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir, maka janganlah ia menyakiti tetangganya. (HR Bukhari no: 5559)

Apa yang aku nak ceritakan disini adalah perihal perangai setan seorang jiran kepada seorang wanita. Kejadian ini berlaku di kawasan perumahan di Jalan Jelatek. Ceritanya adalah seperti ini:

dari, sudut, pandang, rogol, jiranDalam kejadian yang berlaku kira-kira dalam pukul 1 petang, seorang isteri yang juga seorang suri rumah menghadapi detik hitam apabila dirogol oleh jirannya ketika suaminya keluar bekerja.

Sebelum kejadian, mangsa menerima panggilan daripada jirannya yang berpura-pura menawarkan peluang kerja sambilan dan apabila ditanya berkenaan kerja tersebut, lelaki itu menyatakan kerjanya adalah mudah iaitu menemaninya sebelum meminta mangsa datang ke rumahnya.

Mangsa yang marah dengan jawapan lelaki tersebut terus meletakkan telefon dan meneruskan membuat kerja rumah. Namun, lelaki tersebut dikatakan menggunakan kesempatan mangsa berseorangan di rumah untuk menyelinap masuk.

Mangsa yang terkejut dengan kehadiran lelaki terbabit di rumahnya menolak lelaki itu keluar malangnya tidak berdaya dan akhirnya dirogol.

Selepas selesai merogolnya, lelaki tersebut mengugut merogolnya lagi sekiranya memaklumkan kejadian berkenaan kepada suaminya.

Mangsa cuba mendiamkan diri pada hari kejadian bagaimanapun akibat takut, dia memaklumkan kejadian itu kepada suaminya sebelum pasangan tersebut tampil membuat laporan polis.

Darisudutpandang: Buat wanita atau isteri yang tinggal dirumah berseorangan, pastikan setiap pintu dikunci sebab kita tak tahu bila kejadian buruk akan berlaku  (Sebab tu lah orang kata malang tu tak berbau).

Jumaat, 17 Mei 2013

Kadar mas kahwin mengikut negeri

Berikut adalah kadar mas kahwin mengikut negeri bagi panduan kepada yang ingin melangsungkan perkahwinan.

dari, sudut, pandang, kadar, mas, kahwin, negeri

Negeri :                              Janda (RM)             Anak Dara (RM)

Johor                                   22.50                        22.50

Melaka                                40.00                        40.00

Negeri Sembilan

- Bukan waris                       12.00                       24.00
- Ahli Waris                          24.00                       48.00
- Kerabat Diraja di Wilayah
  Datuk Kelana & Kerabat    725.00                     725.00

Selangor

- Puteri Sultan                     625.00                    2500.00
- Puteri Raja Muda atau
  Puteri kepada Putera
  Sultan yang bergelar          500.00                    2000.00
- Puteri Kerabat                  250.00                    1000.00
- Puteri Anak Raja (Waris)  550.00                    1375.00
- Puteri Anak Raja
  (yang lain)                         75.00                      300.00
- Anak Perempuan
  Orang-orang Besar             75.00                      300.00
- Cucu Orang Besar              50.00                     200.00
- Orang kebanyakan            300.00                     300.00

Kuala Lumpur                      40.00                       80.00

Perak                                 101.00                     101.00

Pulau Pinang                 Tidak ditetapkan              24.00

Kedah                           Tidak ditetapkan         Tidak ditetapkan

Perlis                            Tidak ditetapkan          Tidak ditetapkan

Pahang                                 22.50                       22.50

Terengganu                   Tidak ditetapkan          Tidak ditetapkan

Kelantan                       Tidak ditetapkan           Tidak ditetapkan

Sabah                                  80.00                       100.00

Sarawak                             120.00                       120.00

Labuan                                80.00                         80.00


Pilih Wakil Rakyat dengan lambung duit syiling

Aku nak kongsikan cerita tentang keunikan pemilihan wakil rakyat yang berlaku di Filipina. Ni nasib baik perkara ini berlaku di Filipina kalau berlaku di Malaysia mungkin orang yang kalah tu akan kata yang duit syiling tu telah dibuat khas supaya apabila calon dari pihak kerajaan memilih kepala, maka syiling itu apabila dilambung akan memberikan kepala atau calon yang kalah juga akan kata yang orang yang melambung duit syiling itu berat sebelah......hahaha.

Okeylah, aku tak mahu melalut lagi, silalah baca:

duit, syiling, lambung, wakil, rakyat, dari, sudut, pandangPemenang pemilihan pemimpin sebuah bandar kecil di Filipina terpaksa ditentukan dengan melambung syiling selepas calon yang bersaing terikat dengan kiraan undi sama, kata pegawai pilihan raya semalam.

Penyelesaian dramatik kepada pertandingan di San Teodoro, bandar pertanian dengan penduduk 16,000 orang di tengah Filipina, diadakan dalam pejabat pilihan raya tempatan, dengan ahli politik melambung duit untuk menentukan nasib mereka.

Mereka bersetuju melambung syiling, dengan calon yang mendapat bahagian kepala paling banyak dikira pemenang, kata ketua pilihan raya, San Teodoro, Reny Pagilagan. 

Beliau berkata, ketegangan berlaku apabila pertandingan pertama melambung syiling selama lima kali juga berakhir dengan seri, dengan kedua-dua ahli politik mendapat kepala, menurut Pagilagan.
Anggota Parti Liberal yang memerintah, Marvic Feraren, muncul pemenang dalam pusingan kedua, mendapat dua kepala berbanding satu yang diperoleh pencabarnya.

Kedua-dua mereka menerima keputusan. Mereka bersalaman dan berpelukan, kata Pagilagan.
Pagilagan berkata, undang-undang pilihan raya Filipina menyatakan pertandingan pilihan raya yang terikat perlu diselesaikan menerusi undian dan duit syiling adalah kaedah yang boleh diterima.
Pagilagan berkata, acara minggu ini pernah berlaku dan beliau mempengerusikan satu lagi lambungan syiling pada 2004 untuk menentukan pemenang kerusi lembaga majlis bandar berhampiran.

Lebih 44,000 calon bertanding untuk merebut 18,000 kerusi pada pilihan raya pertengahan penggal Isnin lalu, daripada jawatan di majlis tempatan hingga kerusi Parlimen. 

Sumber: BH

Rabu, 15 Mei 2013

Kejutan Barisan Kabinet Malaysia 2013

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Bin Abdul Razak pada pukul 5:05 petang tadi telah mengumumkan barisan kabinet yang baru selepas kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu. Terdapat kejutan yang besar ke atas Barisan Kabinetnya. Berikut adalah senarai Jemaah Menteri:



Perdana Menteri
Datuk Seri Mohd Najib Razak

Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Jabatan Perdana Menteri
Menteri: Datuk Seri Jamil Khir Baharom
              Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Senator)
              Datuk Seri Idris Jala (Senator)
              Tan Sri Joseph Kurop
              Datuk Seri Shahidan Kassim
              YB Nancy Sukri
              Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
              YB Paul Low Seng Kwan (Senator)

Timbalan Menteri:  Datuk Razali Ibrahim
                               Waytha Moorthy Ponnusamy (Senator)


Kementerian Kewangan
Menteri I: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni  Mohd Hanazlah

Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan


Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi
Menteri 1: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri 2: Datuk Seri Idris Jusoh

Timbalan Menteri 1: Datuk Mary Yap Kain Ching
Timbalan Menteri 2: YB P. Kamalanathan


Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar


Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Menteri:  Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari


Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Menteri: Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Seri Mahzir Khalid


Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi


Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Datuk Hamim Samuri


Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri: Datuk Dr. Ewon Ebin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah


Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk G. Palanivel
Timbalan Menteri: Datuk Dr. James Dawos Mamit


Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Hishammudin Hussein (Memangku)
Timbalan Menteri: Datuk Ab. Aziz Kaprawi


Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Menteri: Dato’ Seri Nazri Aziz
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang Gandum


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri
Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman


Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri


Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Fadilah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin


Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya


Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Yb Khairy Jamaludin
Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan


Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Richard Riot Jaem
Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Mutalib


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (Senator)


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Mohd Sadique


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun


Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin


Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar
Menteri: Datuk seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri:  Datuk Dr. Loga Bala Mohan


Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon





6 sebab suami curang

'Sepandai-pandai tupai melompat pasti jatuh ke tanah juga'. walaupun sepandai manapun suami yang main kayu tiga ni, tak selamanya boleh ditutup....Jangan ingat isteri tak tahu...cuma kadang-kadang isteri ni dia tak mahu gaduh..jadi dia senyapkan aje. Mungkin juga dia nak tengok sandiwara suami dia selanjutnya. Tapi bila dah makin melarat...itu yang boleh jadi perang dunia ke-3 tu......

dari sudut pandang, suami curang, sebab, 6 tanda
Bila dah terkantoi tu...pandai-pandailah bagi alasan. Jika alasan tersebut dapat diterima oleh isteri bermakna panjang lagilah jodoh korang, kalau tak sendiri mau ingatlah...

Terdapat 6 sebab yang paling popular yang menyebabkan suami curang iaitu:

1. Nafsu seks

Ini adalah sebab yang paling banyak suami yang curang berikan. Dikatanya isterinya dah tak cantik macam dulu, dah tak ghairah macam dulu dan ada juga yang kata isterinya dah tak mampu melayan nafsu dia lagi. Semuanya salahkan isteri tapi cuba lihat suami pula adakah masih hensem macam mula-mula kahwin dulu??. Mana lah tahu kot sekarang ni perut dah ke depan.

Sebenarnya suami itu sendiri yang mungkin dah bosan dengan isterinya dan mahu mendapatkan 'pucuk muda' bagi mencari kelainan dalam seks. Mereka mungkin mahukan sesuatu yang ekstrem namun tidak mahu melakukan dengan isteri kerana bimbang merosakkan imej 'perempuan baik' yang disandang oleh isteri mereka.

2. Digoda

Sebaik dan sealim manapun suami kalau digoda oleh perempuan yang lebih cantik dan lebih muda dari isterinya pasti akhirnya akan terbabas juga seperti kata pepatah melayu 'takkan kucing menolak ikan didepan mata'. Lebih-lebih lagi kalau perempuan itu berada satu opis dengannya. Setiap hari jumpa, mana tak cairnya hati suami.

Walaupun suami tidak bercadang untuk mencari kekasih lain namun akibat tidak tahan menahan godaan akhirnya isteri diduakan.


3. Memang kaki perempuan

Dulunya semasa muda, suami ini memang sudah terkenal dengan kaki perempuan. Jadi bila dah kahwin tu mungkin terikat sedikit tapi kepada suami yang sukakan cabaran mengejar perempuan pasti tidak peduli tentang ikatan perkahwinan.

Pasti suatu masa akan terdetik untuk melakukannya kembali seperti waktu zaman bujang dulu. Lelaki seperti ini pasti mahu membuktikan bahawa biar sudah makin berusia namun persona diri masih ada. Lelaki seperti ini juga mungkin ingin menduga 'market', masih laku atau tidak. Sesuai pula dengan trend wanita sekarang ini yang sukakan lelaki yang lebih berusia, bermakna makin cepatlah suami dapat menjalankan aktivitinya.

4. Balas dendam

Alasan ini hanya diberikan apabila seseorang lelaki itu pernah disakiti oleh wanita atau isteri yang disayangi. Jadi mereka ini melepaskan rasa marah mereka dengan membalas dendam kepada isteri mereka dengan melakukan perkara yang sama.

Untuk memaafkan perbuatan isteri bukannya mudah dan kerana desakan ego maka hubungan sulit dibalas dengan hubungan sulit.

5. Sudah tabiat

Bila kali pertama suami ini melakukannya dan kesilapan itu tidak dapat dihidu oleh isterinya, pasti akan ada peluang ke-2 untuk melakukannya lagi..dan lagi..dan lagi. Godaan ini akan datang berulang-ulang dan tidak ramai lelaki mampu menahannya dan akhirnya ianya akan menjadi tabiat.

Perkara ini akan tetap dilakukan oleh suami sehinggalah segala tembelangnya dapat dihidu oleh isteri.

6. Keegoan

Perasaan ini timbul bila mendapati ada wanita lain masih tertarik secara seksual terhadap dirinya selain dari isteri. Rasa ego mula meninggi bila ada pula wanita lain yang mahu mendampingi dan melayaninya.


Darisudutpandang: Kata orang jika tepuk sebelah tangan manakan berbunyi, ini bermakna kalau tiada respon daripada perempuan juga perkara ini takkan berlaku. Apa yang perlu dilakukan oleh para isteri adalah sentiasa peka dengan sebarang perubahan suami.

Jika suami didapati sudah berubah, pikat kembali hatinya. Kata orang untuk memikat suami bukannya susah, hanya 2 perkara sahaja yang perlu dijaga iaitu jaga 2 nafsu suami:

1. Nafsu perut

Isteri perlu memasak dan masaklah makanan yang menjadi kegemaran suami anda. Jika tak pandai memasak pergilah ke kelas masakan. Isteri perlu  tambat suami dengan makanan. (Jika dia berasa lapar dia akan teringat untuk balik makan di rumah kerana dia tahu isterinya masak makanan yang sedap).

2. Nafsu batin

Orang kata nafsu perempuan ada 9 dan 1 akal manakala lelaki 9 akal dan 1 nafsu. Nafsu lelaki hanya nak yang 'itu' sahaja. Jadi buat isteri walau penat macamanapun layanlah suami. Jangan tunggu suami minta baru nak kasi. Sesekali buatkan kejutan untuk dia dengan melakukan perkara-perkara yang tak pernah dilakukan sebelum ini.

Berhias dan pakailah pakaian yang agak seksi dirumah, agak hati suami tertambat kembali. Sila baca juga di sini.











Isnin, 13 Mei 2013

Adik mengandungkan anak abang

Banyak cerita tentang haruan makan anak, ini pulak cerita harapkan pagar, pagar makan padi....fuh...penuh simbolik ayat aku ni.

Dari, sudut, pandang, mengandung, pelukan, adik, rogol, abang
Betul kata kawan aku, sekarang ni kita jangan percaya sangat anak-anak kita. Kalau boleh jangan biarkan anak lelaki dan perempuan tinggal bersama ketika kita tiada di rumah. Macam-macam hal boleh berlaku. Contohnya cerita ini:

Seorang ibu terkejut apabila mendapati anak perempuannya yang berumur 14 tahun telah didapati mengandung hampir 4 bulan akibat dirogol.

Kejadian ini terbongkar apabila si ibu telah menghantar anaknya ke hospital apabila anaknya mengadu kepadanya yang beliau telah lama tidak datang haid.

Lebih mengejutkan lagi si ibu ini ialah apabila didapati orang yang merogol anak perempuannya adalah anak lelakinya yang berusia 17 tahun. Kejadian ini berlaku apabila tiada sesiapa berada di rumah.

Si ibu mengatakan anak perempuannya tidak pernah menceritakan perkara tersebut kepadanya.

Kes ini kemudiannya dirujuk kepada pihak polis.

Darisudutpandang: Semakin maju negara semakin bercelaru rakyatnya.






Dapat anak dengan peluk, raba dan cium

Artikel kali ini bukan nak cerita 18sx, cuma tajuk sahaja macam tu. Tolong jangan salah sangka ya.

Kali ini aku nak kongsikan cerita berkenaan dengan seorang pengamal perubatan yang menjalankan perubatan kepada wanita-wanta yang nak mendapatkan zuriat atau anak dengan kaedah peluk, raba dan cium.

Korang yang terpelajar agak-agak betul ke kaedah tu? Pastilah bukankan. Aku tak mahu terangkan kaedah macam mana tapi korang yang dah berkahwin pasti tahu kaedahnya....hahaha maaf melalut sikit.

Aku kadang-kadang hairan betullah dengan perempuan yang mudah diambil kesempatan ini dan terlalu mempercayai bomoh yang bukan-bukan. Kalau tak silap akulah,  aku ada mendengar yang kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang berkenaan dengan pengamal perubatan tradisional untuk mengambil lesen amalan perubatan, cuma aku tak tahu dah 'implement' atau tidak undang-undang tersebut.

Ceritanya macam ini:

Seorang wanita yang berusia 31 tahun telah berkahwin selama setahun lebih dengan suaminya yang berusia 33 tahun, amat kepingin untuk mendapatkan anak, telah mendapatkan seorang bomoh bagi mengubati dirinya.

Bomoh tersebut yang berusia 62 tahun telah datang kerumah mangsa setelah dijemput oleh mangsa sendiri untuk mengubatinya. Bomoh tersebut telah mengarahkan mangsa supaya ke bilik air untuk dimandikan sebagai sebahagian proses rawatan untuk mendapatkan zuriat.

Ketika berada dalam bilik air, bomoh tersebut mengambil baldi berisi air dan memandikan mangsa yang hanya mengikut saja kerana percaya itu sebahagian proses rawatan.

Bagaimanapun, sikap naif mangsa diambil kesempatan oleh bomoh tersebut apabila memeluk mangsa daripada belakang sebelum meraba serta mencium leher serta payudara mangsa.

Mangsa yang terkejut diperlakukan demikian hanya mampu mendiamkan diri dan tidak berani melawan kerana masih menganggap tindakan bomoh tersebut sebagai prosedut perubatan.

Setelah 'merawat' mangsa dalam setengah jam, bomoh tersebut mengatakan yang wanita tersebut akan mendapat zuriat dalam tempoh sebulan.

Bagaimanapun, selepas bomoh tersebut pulang barulah mangsa mula berasa curiga dengan kaedah perubatan bomoh temberang itu, lalu menceritakan perbuatan jijik bomoh tersebut kepada suaminya.

Suaminya mangsa kemudiannya telah melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Darisudutpandang: Bomoh seperti ini bersepah.....berhati-hatilah.


Khamis, 9 Mei 2013

Petua: hilangkan kutu beras

Kita mungkin pernah menghadapi masalah kutu beras atau bubuk ini yang menyerang beras yang kita simpan di rumah. Pada kebiasaannya kehadiran kutu beras ini ialah apabila kita menyimpan beras terlalu lama. Walaupun beras tersebut masih boleh dmakan, tetapi kehadiran kutu beras ini amat menyakitkan mata.

kutu, bubuk, beras, dari, sudut, pandang

Ada yang mencadangkan supaya menjemur beras dan menggantikan bekas beras dengan yang lain. Namun masalah kutu beras ini masih tidak dapat diatasi.

Sebenarnya ada cara lain untuk mengatasi masalah ini iaitu:

  • Ambil beberapa tangkai cili kering dan serai lalu masukkan ke dalam bekas beras.
  • Letakkan daun limau purut atau daun limau nipis dan masukkan ke dalam bekas beras berkenaan.  Ia bukan saja dapat mengelakkan kutu beras malah membuatkan beras berbau wangi.
Selamat mencuba......

Tahukah anda: Surat paling pendek

Aku teringat semasa zaman dulu sewaktu bercinta, suratlah yang menjadi penghubung maklumlah pada waktu itu tiada kecanggihan teknologi seperti sekarang ini yang boleh Skype, sms, wat upp dan sebagainya.

surat, dari, sudut, pandang, paling, pendekPada waktu itu surat memainkan peranan yang amat penting untuk berhubung selain daripada telefon dan ketika itu 'public phone' yang paling fames...

Tahukah anda surat yang paling pendek di dunia yang pernah ditulis dan diutuskan ialah pada tahun 1862. Surat tersebut telah ditulis oleh penulis novel terkenal Victor Hugo ketika beliau pergi bercuti selepas berhempas pulas menyiapkan karyanya, 'Les Miserables'.

Oleh kerana tidak sabar hendak menhetahui sambutan yang diberikan kaki buku terutama peminatnya terhadap novel terbarunya itu, Hugo menulis surat kepada penerbitnya. Dia hanya menulis satu tanda di dalam surat berkenaan iaitu '?'.

Penerbitnya juga mempunyai otak yang kreatif seperti Hugo dan dia juga merasakan perlunya mencipta surat balasan, dia hanya menulis satu tanda iaitu '!'.

Jawapan yang amat pendek dengan tanda seruan itu membuatkan Hugo berasa sangat gembira kerana mengetahui sambutan terhadap novel terbarunya itu sangat menggalakkan.

Apa yang lebih menarik, Hugo juga dikatakan menulis ayat yang paling panjang pernah diterbitkan dalam sesebuah novel iaitu 'Les Miserable'. Ayat itu mengandungi 823 perkataan, 93 koma, 51 koma bertitik dan 4 sengkang yang mengambil ruang sebanyak 3 muka surat ketika zaman berkenaan.


Gigit buah dada tak dapat rogol

Macam-macam lah kalau dah tak boleh mengawal nafsu ini. Sampai nenek yang berusia 69 tahun pun nak dirogolnya.

Itulah yang berlaku kepada seorang nenek yang hampir menjadi mangsa rogol oleh seorang lelaki dalam kejadian di Pantai Batu Feringghi.

Sila baca untuk mengetahui lebih lanjut:
dari, sudut, pandang, nenek, buah dada, payudara, rogol
sekadar gambar hiasan
Dalam kejadian kira-kira jam 6:30petang, warga emas itu yang sedang bersiar-siar seorang diri di tepi pantai telah didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dari arah belakang lalu manarik tangan mangsa secara tiba-tiba menyebabkan mangsa terkejut.

Pada ketika kejadian itu berlaku, dipercayai tiada sesiapa yang berada di situ.

Suspek yang memegang mangsa, kemudiannya melondehkan seluarnya dan cuba merogol warga emas itu, namun tidak berjaya apabila mangsa melawan.

Mangsa kemudiannya meronta-ronta sambil menjerit meminta bantuan dan dalam keadaan kelam kabut itu suspek yang gagal merogol mangsa menggigit buah dadanya menyebabkan mangsa sekali lagi menjerit serta melawan sekuat hati sebelum berjaya melarikan diri.

Mangsa kemudiannya melarikan diri ke sebuah kereta yang diletakkan di tepi pantai sambil menjerit meminta tolong. Melihatkan itu, suspek yang berusia 20-an itu melarikan diri dan mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Batu Feringghi selepas kejadian.

Darisudutpandang: Nampaknya macam dah tak aman lagi kepada sesiapapun....walaupun ini adalah kes yang terpinggir dan terpencil namun kita harus berjaga-jaga. Kita seharusnya jangan memberi peluang kepada sesiapapun untuk mengambil kesempatan.

Khamis, 2 Mei 2013

P040 Kemaman: Sokongan terbuka buat DS Ahmad Shabery Cheek

Pejam celik, pejam celik hanya tinggal 2 hari saja lagi untuk kita keluar mengundi dan seterusnya membuat pilihan pemimpin yang akan memimpin kita dan seterusnya negara kita Malaysia yang tercinta ini.

Tempoh kempen untuk pilihan raya kali ini yang selama 14 hari akan tamat juga dalam dua hari ini dan semoga selepas ini kita penyokong kepada calon dan juga parti masing-masing akan hidup rukun dan damai di bawah 1 bendera iaitu Malaysia. Semoga selepas ini juga kita kembali merapatkan ukhwah antara kita untuk bersama-sama memajukan negara ini.

Kepada pengundi-pengundi di Kemaman jangan lupa untuk mengundi calon Barisan Nasional P040 Parlimen Kemaman iaitu DS Ahmad Shabery bin Cheek. Beliau juga adalah Menteri Belia Dan Sukan Malaysia. Kepada yang mengenalinya, Ds Ahmad shabery Cheek adalah  seorang yang merendah diri dan juga seorang yang sederhana. Di era para pemimpin berlumba-lumba mencari kekayaan untuk dirinya, DS Ahmad Shabery Cheek seperti menyonsang arus apabila hidup secara sederhana dan amat bertuah para penduduk di Kemaman mempunyai pemimpin sepertinya. Oleh itu pastikan kemenangan kepada pemimpin ini dengan mengundi beliau.



Jangan lupa untuk memangkah yea
Kayuhan cinta Kemaman bersama 2,000 penyokong
Skil seorang Menteri Belia dan Sukan
Sambutan hangat kepada pemimpin berjiwa rakyat




Semoga selepas 5hb Mei ini, kerusi P040 masih akan kekal di tangan Barisan Nasional.

Sebagai Negara yang mengamalkan demokrasi, kita berhak memilih sesiapapun yang kita sokong. Oleh itu kita perlu menghormati apa saja ideologi yang kita pegang...tak salahkan. Kita semua berhak memilih....oleh itu memilihlah dengan bijaksana. Walau siapapun yang kita undi pastikan negara kita tidak tergadai oleh orang-orang yang hanya mengejar kekuasaan.






Hukum Syariah: 72 peratus menyokong

Aku nak memetik berkenaan dengan kajian yang dijalankan baru-baru ini oleh Pusat Kajian Pew berhubung dengan pelaksanaan hukum Syariah.

Kajian ini dijalankan di Indonesia.

Satu kajian menunjukkan 72 peratus penduduk islam Indonesia menyokong pelaksanaan undang-undang syariah di negara itu jika diberi pilihan.

Kajian itu yang memberi tumpuan pada 39 negeri dan membabitkan 38,000 responden mendapati sebahagian besar Muslim, penganut agama kedua terbesar dunia mahukan agama itu bukan setakat membentuk kehidupan peribadi mereka tetapi juga interaksi sosial dan politk mereka.

Menurut Buku Fakta Dunia CIA, Indonesia didiami oleh 216 juta penganut islam atau 86.1 peratus daripada populasi penduduk negara itu, menjadikannya negara paling ramai penduduk islam di dunia.

Separuh daripada mereka yang menyokong pelaksanaan hukuman itu berkata, ia perlu dikuatkuasakan kepada penduduk islam dan juga bukan islam dan hanya 18 peratus percaya bahawa mereka yang murtad perlu dihukum mati.

Dalam pada itu, 81 peratus menyatakan, seorang wanita perlu diberi kebebasan untuk menutup aurat, khususnya rambut.

Itu kajian yang dilakukan di Indonesia, tetapi di Malaysia setahu aku tidak ada kajian yang dilakukan berhubung dengan hukum syariah ini. Alangkah elok jika kajian ini dilakukan di Malaysia
supaya pihak pemerintah tahu apa yang diingini oleh rakyatnya.

Calon dari Parti Islam tidak tahu baca Al-Quran

Nak bertanding untuk jadi calon yang mewakili parti islam perlu menghadiri ujian membaca AL-Quran dulu. Jikalau gagal maka calon tersebut tidak akan dicalonkan untuk mewakili parti islam.

Jangan terkejut semua, ini tidak ada kene mengena dengan calon yang mewakili parti islam di Malaysia ini. Ini berlaku di Acheh, Indonesia.

calon, dari, sudt, pandang, pilihan raya, mengaji, al-QuranCalon-calon yang ingin bertanding mewakili parti islam untuk merebut 81 kerusi Dewan Undangan Negeri Aceh pada Pilihan Raya Umum 2014 perlu menghadiri ujian membaca Al-Quran.

Kemahiran membaca kitab suci itu adalah antara syarat yang ditetapkan undang-undang tempatan sebelum mereka layak bertanding.

42 orang daripada 1.231 calon daripada 12 parti politik gagal dalam ujian tersebut, termasuk ada calon yang mewakili parti islam yang langsung tidak boleh membaca al-Quran.

Di Malaysia tiada undang-undang seperti ini, bahkan ada parti islam di Malaysia juga membenarkan orang bukan islam bertanding mengunakan lambang parti.....


Rabu, 1 Mei 2013

PRU-13: Gempar video Shabery Cheek

Korang tengok dan hayatilah video Shabery Cheek ni...mesti gempar. Untuk makluman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bertanding di P040 Kemaman.






Saja bagi gempak tajuk di atas.

Ucapan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika bertemu dengan para pekerja parti.

Ini lah pemimpin yang kita cari yang hanya tinggal di apartment walaupun sudah 2 penggal menjadi pemimpin. Alangkah bertuahnya rakyat Kemaman mempunyai pemimpin seperti ini dan juga Datuk Seri Najib kerana di dalam barisan kabinetnya mempunyai pemimpin yang benar-benar bekerja untuk rakyat, dan aku mengharapkan banyak lagi pemimpin UMNO yang mempunyai kredibiliti seperti ini.

Pemimpin seperti inilah yang perlu ada bagi setiap pemimpin tidak kira dari Parti Barisan Nasional atau dari Pakatan Rakyat.

"Selamat berjuang Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek"











10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...